NAMA: RUMAL-DIAZ BIN MOHD KAMAN

NO.PEND: 022 DEM 96

SUBJEK: COMPUTER SYSTEM ARCHITECHTURE

PENSYARAH: ENCIK HASNIM BIN HARUN



 
 

LOCAL AREA NETWORK


 








Rangkaian luas setempat ataupun dikenali sebagai L.A.N sebenarnya adalah satu rangkaian perhubungan yang terhad kepada satu had kawasan, sebagai contoh dalam sebuah banggunan ataupun kilang. Satu LAN mampu menghubung dengan mikrokomputer, kerangka utama (main frame) dan juga dengan alat-alat peripheral seperti pemacu cakera dan pencetak ‘High-speed’ ataupun ‘High-quality’ . Komputer yang mempunyai hubungan dengan rangkaian ini berupaya bertukar-tukar maklumat diantara satu sama lain dan juga dapat berkongsi menggunakan alat-alat peripheral tadi.
 
 

Dahulu, semua maklumat perniagaan disimpan dalam dan diproses oleh satu komputer kerangka utama. Dengan kemajuan mikrokomputer, telah menjadi penting dalam menyediakan pelbagai jenis penggunaan mikrokomputer dengan hanya pada satu ekses terhadap data. Sebab kenapa diperlukan rangkaian (Network) :-
 
 

  1. Kemungkinan syarikat tersebut mempunyai beberapa komputer PC diletakkan

  2.  

     

    pada tiap-tiap tingkat tetapi mempunyai hanya satu mesin pencetak sahaja.

    Pengguna boleh berkongsi sumber-sumber yang mahal seperti pencetak dan

    storan bersama-sama untuk mengelakkan kos penyalinan yang mahal.
     
     

  3. Seorang pengguna tidak perlu berkerja dalam keadaan terpisah. Mereka boleh

  4.  

     

    mendapatkan data dan aturcara dari beberapa fail pusat atau sumber dalam penyediaan data atau menganalisa data.
     
     

  5. Rangkaian juga membenarkan lebih seorang menggunakan sesuatu pakej
perisisan pada satu waktu.  
 
A) MEDIA PENGHANTARAN
 
 

Perkakasan komputer dalam rangkaian luas setempat berkomunikasi dengan

‘Twisted pairs’, ‘Coaxial cables’ dan ‘Optical fibers’.
 
 
 
 
 
 
 

……..TWISTED PAIRS……..


 








Wayar yang digunakan sebagai alat komunikasi (TELEFON) dalam banggunan dikenali sebagai ‘Twisted pairs’. Twisted pairs boleh juga digunakan sebagai alat komunikasi data; pemindahan data berkadaran 50,000 bait per saat (bps) ataupun lebih adalah mungkin. Wiring atau pemasangan wayar ‘Twisted pairs’ tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi, ini adalah kerana wayar jenis sudah tentu telah dipasang pada sesebuah banggunan sebagai sistem telefon.
 
 




……..COAXIAL CABLES……..


 








Kabel jenis ini biasanya digunakan sebagai kabel dalam sistem unit televisyen. ‘Coaxial cable’ membenarkan serta mampu memindahkan data dengan kadaran 50,000 bps ---- lebih kurang seribu kali lebih cepat daripada pemindahan data oleh‘Twisted pairs’. Oleh kerana kadar pemindahan data dalam bps adalah tinggi, satu coaxial cable boleh dikongsi dengan mudahnya oleh beberapa peranti komputer.
 
 




……..OPTICAL FIBERS……..


 






Kabel jenis ini boleh digunakan dalam MODE samada ‘Baseband’ ataupun ‘Broadband’. Dalam mod ‘baseband’, kabel hanya menyediakan satu channel untuk komunikasi data dalam keadaaan kelajuaan yang tinggi. Dalam mod ‘broadband’ pula, kabelnya menyediakan pelbagai jenis channel, dimana ia boleh digunakan untuk komunikasi data, komunikasi suara, penghantaran isyarat televisyen, dan lain jenis komunikasi elektronik seperti faksimili. Mod ‘baseband’ hanya boleh digunakan untuk komunikasi data sahaja manakala mod ‘broadband’ meyediakan kemudahan komunikasi untuk kegunaan tertentu. Bagi kabel dalam sistem unit televisyen, mod yang digunakan adalah jenis rangkaian ‘broadband’.

Maklumat boleh juga dipindahkan dengan pancaran laser melalui fiber lutsinar yang nipis. Kapasiti pemindahan maklumat oleh ‘optical fibers’ adalah lebih tinggi dibandingkan dengan ‘coaxial cables’; ini adalah kerana kadar pemindahan data yang tinggi adalah mungkin oleh ‘optical fibers’ dan mampu menyediakan lebih channel daripada ‘broadband’. Kini penggunaan ‘optical fibers’ tidaklah begitu meluas jika hendak dibandingkan dengan penggunaan ‘coaxial cables’. Akan tetapi penggunaannya mungkin meningkat pada masa akan datang apabila mulanya permintaan yang tinggi dalam kapasiti pemindahan data dalam rangkaian luas setempat.
 
 
 
 
 
 

 B) CIRCUIT-SWITCHED NETWORK @

RANGKAIAN PENSUISAN LITAR.
 
 

Dalam rangkaian pensuisan litar, peranti pensuisan akan menwujudkan sambungan diantara alat-alat yang mahu berkomunikasi. Rangkaian telefon adalah satu contoh rangkaian pensuisan litar; apabila sesuatu nombor didail , satu sambungan akan terhasil diantara telefon si pemanggil dengan telefon si penerima.
 
 

Panggilan telefon didalam kawasan sebuah banggunan sebenarnya dibawa oleh media penghantaran ‘Twisted pairs’. Sambungan talian dikelolai oleh satu unit pensuisan pusat yang dikenali sebagai ‘Private branch exchange’ ataupun PBX. Kebanyakkan unit PBX di reka untuk komunikasi suara sahaja; dalam penghantaran data melaluinya, satu modem mesti digunakan pada setiap hujung talian, sama seperti rangkaian telefon awam.(Public telephone). Ada sesetengah PBX yang baru serta moden boleh digunakan untuk kedua komunikasi suara dan komunikasi digital. PBX ini boleh mengadakan sambungan media penghantaran ‘Twisted pairs’ diantara dua peralatan komputer, satu sambungan yang berupaya menghantar maklumat dalam kadaran yang sederhana.
 
 

Unit PBX boleh juga digunakan sebagai pensuisan litar rangkaian luas setempat. Kelebihan utama dalam penggunaan ini ialah komunikasinya menggunakan media ‘Twisted pairs’ yang sememangnya sudah menjadi sebahagian pendawaian litar telefon sesebuah banggunan. Kelemahan utamanya pula ialah kadar pemindahan maklumat dengan ‘twisted pairs’ adalah lambat jika hendak dibandingkan dengan yang menggunakan ‘coaxial cable’ ataupun gentian optik (optical fibers).
 
 

  1. -PACKET SWITCHED NETWORK
Satu rangkaian yang tidak menghasilkan sambungan lain untuk setiap pertukaran data. Namun, rangkaian ini beroperasi melalui satu rangkaian yang tetap yang dikongsi oleh semua peranti komunikasi. Kita boleh beranggapan bahawa ‘Packet-Switched Network’ sebagai satu sistem lebuhraya yang mana melalui alur yang berbeza membawa kepada destinasi yang berbeza mengikut kemahuan pengguna. Buat masa kini, media penghataran untuk ‘Packet-Switched Local Area Network’ ialah ‘Coaxial cables’.

Setiap komputer ataupun peranti lain yang berhubung dengan rangkaian (Network) dikenali sebagai Nodan. Kebanyakkan nodan adalah stesyen kerja mikrokomputer, tetapi komputer kerangka utama, pencetak, hard disk drive boleh juga dikategorikan sebagai nodan. Setiap nodan mempunyai alamat rangkaian yang unik digunakan untuk menentukan samada nodan adalah asli ataupun terimaan sesuatu ‘packet’.

Setiap nodan yang disambungkan kepada kabel rangkain luas setempat mesti melalui perantaramuka rangkaian (Network interface). Perantaramuka ini selalunya ditempatkan didalam kotaknya sendiri didalam komputer. Peranti perantaramuka ini selalunya mempunyai tanggungjawab untuk menahan sementara alamat packet daripada sampai kepada nodan dan tidak menghiraukan ataupun menghantar alamat packet kepada nodan yang lain.
 
 


TOPOLOGI RANGKAIAN


 








TOPOLOGI = istilah yang digunakan untuk susunatur sesebuah rangkaian atau

susunan fizikal peralatan dan saling hubungan antara sistem. Terdapat tiga jenis topologi yang biasa digunakan oleh L.A.N :-
    1. TOPOLOGI BINTANG
    2. TOPOLOGI BAS
    3. TOPOLOGI GELANG

 
 
 
 
 

TOPOLOGI BINTANG


 



 
 
 
 
 
 
 

 


 
 
 
 

 Dalam topologi bintang, kesemua packet dihantar ke pusat pensuisan dimana kemudiannya, ianya akan dihantar ke destinasi yang telah ditetapkan. Unsur suis pusat gunakan untuk menyambungkan semua nodan dalam rangkaian tersebut. Sebuah stesyen yang hendak menghantarkan data akan menghantarkan permintaan tersebut ke suis pusat untuk penyambungan ke beberapa stesyen destinasi; dan unsur pusat menggerakkan suis litar untuk membina laluan untuk kedua stesyen.

Apabila perhubungan telah terbina, data boleh betukar ganti antara kedua stesyen seolah-olah ianya disambungkan dari satu titik ke satu titik.
 
 




TOPOLOGI BAS


 



 
 
 
 
 

    1. Ia menyambungkan penyaji (server @ interface) fail dan semua stesyen kerja dengan menggunakan satu kabel sahaja. Semua nodan berkongsi berkongsi kabel perhubungan yang sama. Nodan boleh menghantar atau menerima data dalam dua arah.
Nodan akan menghantarkan alamat yang diperlukan dan menerima alamat yang sudah dikenalpasti. Topologi makmal di P.U.O menggunakan sistem ini.
 
 



TOPOLOGI GELANG


 



 
 
 
 
 
 
 

Ia mengandungi gelung tertutup dengan tiap-tiap nodan disambungkan dengan unsur berulangan (repeating elemen) . Data yang diedarkan disekeliling gelung. Tiap-tiap nodan akan mendengar alamatnya dan menerima data yang telah dikenalpasti.
 
 


 mailto:[email protected]